TERJEMAHAN AL-HIKAM
(Syaikh Ibnu Atho'illah).
Panduan Bersandar Bulat Kepada Rahmat Allah
1). Setengah dari tanda bahawa seorang itu bersandar diri pada kekuatan amal usahanya, iaitu berkurangnya pengharapan terhadap rahmat kurnia Allah ketika terjadi padanya suatu kesalahan/dosa.
Kalimat; Laa ilaha illallah. Tiada ada Tuhan, bererti tidak ada tempat bersandar, berlindung, berharap kecuali Allah, tiada ada yang menghudupkan dan mematikan, tiada yang memberi dan menolakan melainkan Allah.
Zahirnya syariat menyuruh kita berusaha, beramal, sedang hakikat syariat melarang kita menyandarkan diri pada amal usaha itu, supaya tetap bersandar pada pada kurnia rahmat Allah.
Kalimat; Laa haula wala quwwata illa billahi. Tidak ada daya untuk mengelakan diri dari bahaya kesalahan dan tidak ada kekuatan untuk berbuat amal kebaikan kecuali dengan bantuan pertolongan Allah dan kurnia rahmatNya semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan