Isnin, 16 November 2015

JANGAN BERPINDAH DARI SATU SYRIK KE SYRIK YANG LAIN

Jangan berpindah dari satu alam ke alam yang lain bererti sama dengan himar (keledai) yang berputar disekitar penggilingan, ia berjalan menuju ke tempat tujuan, tiba-tiba itu pula tempat yang ia mula-mula berjalan daripadanya, tetapi hendaklah engkau pergi dari semua alam menuju kepada pencipta alam. Sesungguhnya kepada Tuhanmu puncak segala tujuan.

Jangan berpindah dari syrik yang terang ke alam syrik yang samar. Amal kebaikan yang dinodai oleh riya',sum'ah (mengharap pujian orang), tidak dianggap oleh syariat/tidak diterima oleh Allah. Dan apabila telah bersih dari semua itu, kemudian beramal terdorong oleh kerana menginginkan, atau kekayaan,atau kekeramatan dunia atau akhirat, sebab itu masih termasuk alam hawa nafsu, tetapi belum mencapai tujuan ikhlas yang bererti bersih dari segala tujuan selain melulu kepada Allah. Kerana itu selama berpindah dari alam ke alam tidak berbeza dengan keldai yang berputar disekitar penggilingan, tetapi seharusnya sekali berangkat dari alam langsung menuju pencipta alam.

Kerana itu Nabi Isa as, pernah berkata kepada sahabat hawariyyin: Semua yang ada padamu dari berbagai nikmat kesenangan itu terus dari kurnia Allah kepadamu, maka kiranya yang lebih besar harganya (nilainya)? Apakah pemberiannya, ataukah yang memberi?

"Wa anna ila Rabbikal-muntaha". Sesungguhnya kepada Tuhanmu itulah puncak segala tujuan.




Sulis - Seroja