JANGAN BERPINDAH DARI SATU SYRIK KE SYRIK YANG LAIN
Jangan berpindah dari satu alam ke alam yang lain bererti sama dengan himar (keledai) yang berputar disekitar penggilingan, ia berjalan menuju ke tempat tujuan, tiba-tiba itu pula tempat yang ia mula-mula berjalan daripadanya, tetapi hendaklah engkau pergi dari semua alam menuju kepada pencipta alam. Sesungguhnya kepada Tuhanmu puncak segala tujuan.
Jangan berpindah dari syrik yang terang ke alam syrik yang samar. Amal kebaikan yang dinodai oleh riya',sum'ah (mengharap pujian orang), tidak dianggap oleh syariat/tidak diterima oleh Allah. Dan apabila telah bersih dari semua itu, kemudian beramal terdorong oleh kerana menginginkan, atau kekayaan,atau kekeramatan dunia atau akhirat, sebab itu masih termasuk alam hawa nafsu, tetapi belum mencapai tujuan ikhlas yang bererti bersih dari segala tujuan selain melulu kepada Allah. Kerana itu selama berpindah dari alam ke alam tidak berbeza dengan keldai yang berputar disekitar penggilingan, tetapi seharusnya sekali berangkat dari alam langsung menuju pencipta alam.
Kerana itu Nabi Isa as, pernah berkata kepada sahabat hawariyyin: Semua yang ada padamu dari berbagai nikmat kesenangan itu terus dari kurnia Allah kepadamu, maka kiranya yang lebih besar harganya (nilainya)? Apakah pemberiannya, ataukah yang memberi?
"Wa anna ila Rabbikal-muntaha". Sesungguhnya kepada Tuhanmu itulah puncak segala tujuan.
Isnin, 16 November 2015
Isnin, 19 Oktober 2015
Keinginan untuk tajrid (melulu beribadat, tanpa berusaha dunia), padahal Allah masih menempatkan engkau padda gologan orang-orang yang garus berusaha (kasab) untuk mendapat keperluan sehari-hari, maka keinginanmu itu termasuk syahwat hawa nafsu yang samar (halus). Sebaliknya keinginanmu untuk berusaha kasab, padahal Allah telah menepatkan dirimu pada golongan orang melulu beribadat tanpa kasab, maka keinginan yang deemikian berertgi menurun dari semangat dan tingkat yang tinggi.
Firman Allah:
Katakanlah: Hanya kerana merasakan kurnia rahmat Allahla kamu boleh bergembira, dan itulah yang lebih baik (berguna) bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulkan sendiri.
(Yunus: 58).
Sedang bersandar pada amal usaha itu bererti lupa pada kurnia rahmat Allah yang memberi taufiq, hidayat kepadanya yang akhirnya pasti ia ujub, sombong, merasa sempurna diri, sebagaimana yang telah terjadi pada iblis ketika diperintah bersujud kepada Adam, ia berkata:
"Aku lebih baik dari dia (Adam),"
juga telah terjadi pada Qaarun ia berkata:
"Sesungguhnya aku mendapat kekayaan ini kerana ilmuku semata-mata"
(Al-Qashash 78)
Apabila kita dilarang menyekutukan Allah dengan berhala, batu, kayu, pohon, binatang dan manusia, maka janganlah menyekutukan Allah dengan kekuatan diri sendiri, seolah-olah merasa sudah cukup kuat dan dapat berdiri sendiri tanpa pertolongan Allah, tanpa rahmat taufiq hidayat dan kurnia Allah.
Sedangkan kita harus bertauladan pada Nabi Sulaiman as, ketika ia menerima nikmat kurnia Allah, ketuka mendapat istana raja Balqis.
Firman Allah:
"Ini semata-mata dari kurnia Tuhanku, untuk menguji padaku, apakah bersyukur (terima kasih) atau kufur (lupa pada Allah). Maka siapa yang bersyukur, maka syukur itu untuk dirinya. Dan siapa yang kufur, maka Tuhanku zat yang terkaya lagi pemurah (tidak berhajat sedikitpun dari makhluknya, bahkan makhluk yang berhajat kepada-Nya)" (An-Naml: 40).

Ahad, 18 Oktober 2015
TERJEMAHAN AL-HIKAM
(Syaikh Ibnu Atho'illah).
Panduan Bersandar Bulat Kepada Rahmat Allah
1). Setengah dari tanda bahawa seorang itu bersandar diri pada kekuatan amal usahanya, iaitu berkurangnya pengharapan terhadap rahmat kurnia Allah ketika terjadi padanya suatu kesalahan/dosa.
Kalimat; Laa ilaha illallah. Tiada ada Tuhan, bererti tidak ada tempat bersandar, berlindung, berharap kecuali Allah, tiada ada yang menghudupkan dan mematikan, tiada yang memberi dan menolakan melainkan Allah.
Zahirnya syariat menyuruh kita berusaha, beramal, sedang hakikat syariat melarang kita menyandarkan diri pada amal usaha itu, supaya tetap bersandar pada pada kurnia rahmat Allah.
Kalimat; Laa haula wala quwwata illa billahi. Tidak ada daya untuk mengelakan diri dari bahaya kesalahan dan tidak ada kekuatan untuk berbuat amal kebaikan kecuali dengan bantuan pertolongan Allah dan kurnia rahmatNya semata-mata.
Langgan:
Catatan (Atom)